Nuffnang

Follower yang Sentiasa Memberi Sokongan

Tuesday, September 11, 2012

Zainul - Senarai Kebaikan Sujud Ketika Solat

Tentunya sujud ketika solat mempunyai banyak kebaikkannya. Oleh sebab itu Allah memerintahkan kita sujud dua kali setiap rakaat.

Pakar juga mengatakan sujud adalah waktu yang paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya bagi manusia. Berikut adalah hikmah yang diperolehi ketika sujud dalam solat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang beralih daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Meringankan bahagian pelvis.
7. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
8. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
9. Mengurangkan kesakitan pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk organ tersebut berehat dan dapat mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika hendak sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusu bayi dan terhindar daripada sakit.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).
13. Otak yang merupakan organ terpenting akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelak berlakunya pendarahan otak jika secara tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara mengejut. Salur darah tersumbat juga dapat dihindarkan.
15. Pakar perubatan mengakui, kesan sujud yang lama dalam solat akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak. Ia boleh mengelakkan pening, migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.



P/s Terpenting dari semua perkara berikut, kesan psikologi yang ada pada sujud ialah boleh membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta.


4 comments:

Axie04 said...

alhamdullillah

zainul zaki said...

syukurlah,, mari kita perbyakkan sujud :D

Nur Danisha said...

betul2..betul2
bnykkn sujud kpdNYa..kurgkn rokok..heheh

zainul zaki said...

aiyak,,rokok plak dah,,hua2

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...