Nuffnang

Follower yang Sentiasa Memberi Sokongan

Thursday, September 27, 2012

Zainul - Menangi Galaxy Note 10.1 melalui sophie paris



Assalamualaikum dan salam sejahtera :D

Kami telah diamanahkan tunk menyebarkan contest anjuran upline iaitu pemenangnya bakal membawa pulang GALAXY Note 10.1 

Bagi yang masih belum menjadi ahli bolehlah menghubungi kami secara email ataupun telefon seperti mana ada di link 'Contact Us'. pendaftaran hanya RM15.00 dan anda akan layak untuk menyertai peraduan ini ^_^

Bagi team sophieparisputra kami mengalu alukan anda semua untuk menyertai contest ini.
syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut :

1. Ahli sophie paris yang berdaftar
2. Menaja 20 ahli baru direct anda dalam tempoh 2 bulan.
3. Membuat pembelian persendirian sebanyak RM 150.00 dan keatas sebulan

TEMPOH PERADUAN 
26 SEPTEMBER 2012 - 26 NOVEMBER 2012 (iaitu 2 bulan)



*kepada semua upline, sila main peranan untuk memastikan siapa ahli yang layak dan memenuhi syarat peraduan dan mesti memaklumkan kepada En. Megat Nizam 013-3863748.

*ID & nama pemenang akan di umumkan

Terima kasih di atas kerjasama anda semua :D

untuk penerangan selanjutnya sila lawati facebook : http://www.facebook.com/sophieparisputra
                                                         blog        : http://sophieparisputra.blogspot.com/

Wednesday, September 19, 2012

Sponsor sophieparisputra

Asslamualaikum...

so harini nak crita tentang sponsor sophieparisputra :D
Anak Kepada Haji Ag.omar iaitu Siti Mastura. makcik kepada saya :D
beliau yang perkenalkan dekat saya untuk saya usahakan untuk menjana pendapatan tambahan sambil memberi peluang kepada org lain untuk menambah pendapatan atas usaha masing2 InsyaAllah.

kisahnya di kampung masa hari raya..
auntie mastura dan uncle Hadi (suami) terangkan tentang produk,
skali tngok pada katalog sophie paris trus saya jatuh hati dan timbul rasa minat disebabkan design produk dan harga mampu milik.

walaupun banyak produk2 untuk prempuan tp saya leh tahan jugak pandai tngok design2.
lepas tu sy mintak lah satu sample dekat uncle Hadi sbb nak tngok produk tu depan2, so uncle hadi tunjuklah dompet yang dia beli. boleh tahan dan harganya berpatutan, baru2 ni adik lelaki beli dompet leather, suh gak dia bakar guna lighter,, x jejas lansung kualiti..

gambar dibawah ni gambar auntie saya bersama banner dia time dia bukak booth :D
thanx auntie sbb perkenalkan bisnes ini :D
alhamdulillah....



*good luck buat auntie mastura dan uncle hadi and terima kasih bayak sbb sentiasa bagi sokongan pada kami semua, kepada team sophieparisputraPublish Post>>> terima kasih byak ya semua..

http://www.sophieparisputra.blogspot.com/ << blog yang sy buat untuk team sophieparisputra..
untuk kawan2 yang melawat blog ini boleh lah singgah ke blog sophieparisputra ya untuk maklumat lanjut

Wednesday, September 12, 2012

zainul - kampung brunei sabah 'laman kampung'


Salam,, ni koridor depan rumah nenek,,sebelah tu rumah pakcik :D
koridor ni lah tempat bersantai n tempat brehat :D












hye...
landskap ni nenek laki yang buat nak sambut suma anak,cucu,cicit dan berikutnya balik braya :D

nampak x kincir kipas tu,pokok betik ketot, bunga2 plastik yang nenek buat,devider jalan guna batubata yang di cat cuning -.-
so klu tetamu datang lalu situ lah trus naik atas







ni pintu masuk rumah nenek, depan tu sungai membakut,akan terus ke pantai pimping,

dkat pagar tu lah duk main mercun, depan skit sblum sungai tu tempat lancar thunderclap,

pokok kelapa sblah kanan tu n rambutan sblah kiri tu mmg da lama ada dekat situ, kat pokok rambutan tu tempat duk bermain cucu Ag.Omar ni :D
sungai tu kurang dah org nak mandinya,,dulu boleh lg sbb xda pencemaran :P

p/s thanx,, dah sudah baca jangan lupa follow bha,,berjumpa lg insyaAllah..

untuk cari pendapatan sampingan boleh lawati blog sophieparisputra.blogspot.com
boleh contact saya bila2 masa insyaAllah ...

jumpa lg :D

zainul - kelupis ' makanan tradisional org brunei'

Salam kawan2...

lambat benar rasanya nak update pasal raya,,
cable camera x jumpa hua2.

kelupis (makanan tradisional org brunei)


ketupat & chicken wings


Tuesday, September 11, 2012

Zainul - Ni Profail Kampung Saya Daerah Membakut Sabah :D

Assalamualaikum w.b.t

arini nak cerita tentang pekan kampung saya di sabah tu.

Asal Usul Daerah Membakut

  • MEMBAKUT 'berasal dari perkatan 'BAKUT' yang membawa maksud 'KOTA'.
  • 'MEM' adalah kata perbualan apabila digabungkan 'MEMBAKUT' bermaksud 'MEMBUAT KOTA'.
  • Membakut asalnya nama sebuah kampung yang diduduki oleh suku kaum Brunei yang terletak ditebing sungai kira-kira 5km dari pantai (laut), kini kampung tersebut dinamakan Kg. Brunei.
  • Membakut dijadikan nama Pekan untuk mengantikan nama asalnya 'BUA'.
  • Idea ini adalah hasil daripada Ketua Masyarakat iaitu Allahyarham OKK Hj. Saman Bin Md. Yaakub.
  • Daerah Kecil Membakut pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898.
  • Pekan ini pada masa dahulu tertakluk dibawah Pentadbiran Kerajaan British North Borneo.
  • Keluasan/topografi Daerah Membakut ialah 132.8km (83 batu persegi) "approximate". Daerah Membakut menpunyai Topographi lokasi daerah yang rendah dan mempunyai ketinggian 20 kaki dari paras laut dimana didapati 80% adalah tanah rata dan 20% tanah berbukit.
  • Pertumbuhan penduduk pada awalnya hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang penduduk tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan tebing-tebing sungai.
  • Dalam banci penduduk sehingga tahun 1990 penduduk pekan ini telah bertambah kira-kira 17,169 orang, kini penduduk Daerah Kecil Membakut dianggarkan seramai hampir 21,900 orang.
  • Penduduk daerah ini sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka melalui bidang pertanian ,perternakan, nelayan dan pengangkutan.
  • Dari segi bidang pertanian, tanaman utama penduduk disini ialah padi. Padi diusahakan 2 kali setahun. Selain daripada padi, koko, sagu, kepala sawit dan getah juga diusahakan berkelompok.
  • Bidang penternakan diusahakan melalui perseorangan seperti menternak lembu tenusu,skim pawah,ayam dan itik. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak sentiasa memberikan bantuan teknikal dan subsidi untuk meningkatkan mutu pengeluaran kepada penternak.
  • Nelayan di daerah ini tertumpu kepada Kaum Brunei dan hasil tangkapan mereka dihantar ke pasar Pekan Membakut dan Kuala Penyu.
  • Dari segi pengangkutan para individu menjalankan operasi bas mini dari Pekan Membakut ke Kota Kinabalu dan Beaufort.

dalam 70 KM rasanya dari kota kinabalu,


kedai-kedai lama


tapak tempat pasar tani ^_^

ni lah pekan untuk kampung saya...insyaAllah nanti update tempat tempat menarik dekat kampung ya..

silalah klik iklan yang ada, terima kasih semua ^_~


Zainul - Senarai Kebaikan Sujud Ketika Solat

Tentunya sujud ketika solat mempunyai banyak kebaikkannya. Oleh sebab itu Allah memerintahkan kita sujud dua kali setiap rakaat.

Pakar juga mengatakan sujud adalah waktu yang paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya bagi manusia. Berikut adalah hikmah yang diperolehi ketika sujud dalam solat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang beralih daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Meringankan bahagian pelvis.
7. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
8. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
9. Mengurangkan kesakitan pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk organ tersebut berehat dan dapat mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika hendak sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusu bayi dan terhindar daripada sakit.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (Convulsions).
13. Otak yang merupakan organ terpenting akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelak berlakunya pendarahan otak jika secara tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara mengejut. Salur darah tersumbat juga dapat dihindarkan.
15. Pakar perubatan mengakui, kesan sujud yang lama dalam solat akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak. Ia boleh mengelakkan pening, migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.



P/s Terpenting dari semua perkara berikut, kesan psikologi yang ada pada sujud ialah boleh membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta.


Sunday, September 2, 2012

Utusan - PRU13 November ?

Sandakan...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.

"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.

"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.

Saturday, September 1, 2012

zainul - mari tengok butik special

Asslamualaikum w.b.t dan salam sejahtera :)

Arini Nak update blog tentang aktiviti semalam iaitu bersamaan 31 Ogos 2012.
Baru pertama kali pergi butik sophie paris dkat PJ tu.
Di Bawah ni gambar2 saya dan team saya yang turut serta membantu saya dalam mendaftarkan ahli-ahli baru,,
dan satu lagi xdapat nak upload gambar kelas di sophie paris sbb xsempat ambil. sophie paris akan membuat kelas buat ahli2 yang sentiasa memerlukan sokongan dan dorangan kebiasaannya pada setiap sabtu.

harap semua dapat byak info tentang butik Sophie Paris Yang saya pergi smalam :)
enjoy It thanx...

Kaunter Penerimaan Barang barang.


semalam condition x berapa elok sbb demam,,tu muka ada cam bengkak skit tu mata tu,,

so blakang saya tu ada lah tempat ambil item yang kita order selepas kita membuat pembayaran di kaunter dia.

Semalam saya order 15 catalog vol.6 yang baru dan 12 set starter kits untuk mendaftarkan member yang baru akan datang insyaAllah.. _____________________________________________________________


Tempat Barang barang Kosmetik


Ini adalah tempat Alat alat Makeup,

ada sit dan boleh tngok cermin terus muka masing2.
ada pelbagai jenis alat makeup untuk wanita.

semua jenis tentang produk produk kosmetik (boleh lah rujuk pada katalog sophie) paris). _____________________________________________________________

Kaunter Sophie Paris PJ

OK, ini main kaunter sophie paris,
tekejut jgak sampai kne ambil nombor, ada 4 pilihan pada mesin yang keluarkan nombor tu iaitu : 1. registration
2. order
3. Inquiry (x ingat)
4. President

jadi semalam saya nak bli item untuk register new member iaitu starter kit,, jadi saya tekan order. so bila dah ambil item dkat kaunter penerimaan barang baru lah boleh isi borang yang ada diselit dalam starter kit.

selepas selesai mengisi borang, barulah saya tekan butang registration.
dan baru lah boleh register new member di kaunter.

tp ada yang pending lagi sbb x sertakan salinan IC dengan Salinan muka depan buku bank.




gambar ni pula adalah dibelakang kaunter utama iaitu mempamerkan barang barang yang terpilih dan juga barang2 promotion n bonus jika ahli layak untuk dapatkannya secara percuma ......................................................................................................................................










Main Entrance

OK.ni pintu utama untuk masuk ke dalam butik Sophie Paris.
walaupun susah nak mencari tempatnya tp amat berpuas hati :)
saya yang baju putih, kawan saya iaitu azmir bin hamzah baju hitam dan yang baju coklat tu ab hafiz ab halik....byak sngat membantu,,xlarat sbnarnya time tu sbb teruk jugak dmam.. ..............................................................................................................................................












Pintu masuk belakang sophie paris.

hee,,masih lg smpat nak bgambar,jadi ini pintu masuk blakang untuk ke butik sophie paris.
dalam plastik sophie paris tu lah ada ada item 15 katalog vol.6 dan 12 starter kit.

amat berpuas hati dngan aktiviti ni. insyaAllah ada pemintaan akan pergi lagi untuk collect item yang org order n register new member. _____________________________________________________________

PERHATIAN :)

P/s : Kepada sesiapa yang berminat untuk join team. Pendaftaran Hanya RM15.oo
boleh lah menghubungi kami melalui phone atau pun email..

phone : +6013-393 7356 (zainul) (putrajaya, sabah) - zainulabiddin87@gmail.com
: +6013-942 8493 (Hafiz) (kuala lumpur, kuantan) - abhafiz.abhalik@gmail.com
: +6012-744 6015 (Azmir) (shah alam, johor) - azmirhamzah@gmail.com

terima kasih di atas sokongan anda semua :)

Nuffnang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...